Cara Setting Piring Astro Manual dan Auto

Firmwareku.com – Plat satelit adalah sejenis antena parabola astro berbentuk plat yang direka untuk menerima atau menghantar maklumat melalui bentuk gelombang radio ke atau dari satelit komunikasi yang beredar terutamanya dalam orbit geopegun di ruang longgar. Lalu bagaimana cara setting piring astro yang betul? Baca Juga: Cara Tambah Channel Astro

Setting piring astro ini untuk apa sih? Untuk menstabilkan signal astro. Piring astro ini bisa mempengaruhi signal astro dan akan mengganggu tayangan penggunaan astro. Jika sudah seperti ini, maka perlu setting piring astro.

Penyebab Masalah pada Signal Astro

Berikut beberapa penyebab adanya masalah pada signal astro :

  • Kedudukan piring astro beralih sedikit daripada kedudukan asalnya disebabkan hujan terlalu lebat
  • Penerima isyarat signal (LNB) yang dipasang pada piring astro mungkin rosak akibat terdedah hujan/panas setiap hari
  • Piring astro terhalang/blocking, daripada dahan2 pokok, bumbung rumah dan sebagainya
  • Kabel astro (putih) dah expired, mungkin kabel didalamnya dah hangus disambar kilat
  • Piring astro berkarat, bagi yang berada di kawasan pantai
  • Pemasangan piring astro tidak kemas/tidak kuat kedudukan sentiasa bergoyang penerimaan signal lemah
  • Soket/kepala kabel astro ungkin longgar akibat selalu tanggal & pasang pad dekoder astro
  • Masalah dekoder itu sendiri, selalu terjadi pada dekoder lama, sparepart rosak, jarang terjadi beyond decoder

Cara Setting Piring Astro Manual dan Auto

Cara Setting Piring Astro
Cara Setting Piring Astro

Sebelum memulakan adjusment pada setting piring astro, pastikan dahulu sambungan kabel satelit (putih) pada decoder & LNB piring astro adalah betul, sebaik-baiknya Refix dahulu kabel tersebut pada Dekoder serta pada LNB piring astro anda bagi memastikan pencarian & penghasilan kualitas signal pada tahap terbaik kalau taknak refix pun.

1. Kaedah Refix Satelit Kabel

  1. Potong penebat luar dengan hati-hati
  2. Buang penebat dan juga penebat luar
  3. Potong penebat teras tengah, sisakan 1cm
  4. Lipat dawai rerambut ke atas penebat, kabel sudah sedia dipasang f-connector
  5. Potong lebihan dawai
  6. Dawai teras dipotong, biarkan lebih keluar dari f-connector 5mm
  7. Kabel coax siap

Selesai Refix kabel, langkah seterusnya adalah pasang dan sambungkan terus kabel tersebut pada dekoder dan LNB piring astro. Kita akan terus je pada langkah ke-2 dengan kaedah Adjusment secara manual (pusing dish guna tangan) kaedah pertama kita skip dulu.

2. Cara untuk adjusment signal astro secara manual

  1. Setelah sambungan selesai, siwtch on TV & Astro Decoder Anda
  2. Pilih mana-mana channel TV (tiada siaran), contoh saya pilih channel Tv1, Ok kuatkan volume astro dan volume tv semaksimum yang boleh supaya isyarat dapat didengari semasa membuat pusingan/adjusment pada dish astro
  3. Gerakkan piring astro ke kiri, kanan, atas, bawah secara perlahan-lahan & fokus pada pusingan. Jangan gatal nak tengok TV plak channel muncul ke tak. Cuma fokus aje pada buat pusingan dish, untuk memudahkan lagi kerja adjusment, Anda juga boleh berpandukan arah piring rumah jiran Anda.
    Siaran TV Akan muncul dan didengari setelah pusingan dish dibuat terkena tepat pada titik satelit signal
  4. Setelah siaran TV muncul dan didengari, ketatkan skrup pada dish astro Anda
  5. Kemudian cek level signal pada dekoder astro yang anda dah dapat tadi

Baca Juga: Senarai Pakej Astro Paling Murah

Itu sahaja cara setting piring astro dengan betul, semoga berjaya dan tv anda dapat di tonton dengan layak kembali. Terimakasih

Tinggalkan komentar