Firmwareku.com – Pengguna Astro semakin hari semakin bertambah banyak, kerana memang kualiti yang ditawarkan dari Astro sangat bagus mulai dari channel banyak, sinyal kuat, gambar jernih dan tersedia banyak channel tv. Lalu bagaimana nak cara tebus point astro?
Apa Itu Point Astro?
Cara nya sangat lah mudah namun sebelum itu kita mesti tahu dulu apa saja program dan layanan astro. Astro Rewards adalah program kesetiaan percuma anda – satu cara untuk kami mengucapkan terima kasih kerana bersama kami. Jom Baca : Cara Setting Remote Astro
Kami sentiasa menambah hadiah, tawaran dan pengalaman baharu dan menarik untuk anda – semuanya bersedia dan menunggu di aplikasi Astro untuk anda, betul-betul di hujung jari anda. Inilah bahagian yang terbaik, semakin lama anda bersama kami, semakin baik ganjaran anda.
Bagaimana Mendapatkan Point Astro?
Untuk mulai dapatkan point astro step pertama anda harus mengikuti langkah berikut:
- Langkah 1: Muat turun aplikasi Astro saya sama ada daripada App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
- Langkah 2: Log masuk dengan ID Astro anda.
- Langkah 3: Pilih “Ganjaran” pada skrin utama untuk bermula.
Berapa Banyak Point Astro yang Boleh Didapat?
Peringkat Astro Rewards anda adalah berdasarkan tempoh anda terus menjadi pelanggan TV Astro Pay aktif:
Magenta: 0 – 2 tahun
Perak: >2 – 9 tahun
Emas: >9 – 15 tahun
Berlian: >15+ tahun
Ganjaran yang akan anda terima bergantung pada peringkat mana anda berada. Ganjaran terkumpul: Sekiranya anda berada di peringkat Berlian, anda akan dapat menikmati semua faedah dari peringkat Magenta, Perak, dan Emas.
Jika anda membatalkan perkhidmatan TV Astro Pay anda tetapi melanggan semula kemudian, tempoh (tahun) anda dengan kami akan ditetapkan semula kepada sifar dan memulakan semula mengikut tarikh pengaktifan baharu anda. Peringkat Astro Rewards anda akan ditetapkan semula kepada Magenta.
Bagaimana Cara Tebus Point Astro?
- Langkah 1: Buka aplikasi Astro Saya
- Langkah 2: Pilih “Ganjaran Astro”
- Langkah 3: Tatal ganjaran anda untuk melihat perkara yang anda berhak
- Langkah 4: Pilih ganjaran yang mewah dan ikut arahan yang dinyatakan tentang cara menebusnya (arahan penebusan mungkin berbeza-beza berdasarkan ganjaran)
Ingatlah untuk terus menyemak semula untuk mengetahui apa yang baru. Nah itu sahaja maklumat mengenai cara tebus point astro dengan senang, semoga bermanfaat.